marquee

Terima kasih kerana sudi melawat!

Thursday, November 24, 2011

labeley.com

Untuk mengedit grafik memang susah kalau kita tidak mempunyai kemahiran menggunakan perisian tertentu. Tetapi labeley.com menyediakan kemudahan untuk membuat label dan ia juga boleh digunakan untuk menambah efek pada gambar. Dengan menggunakan labeley.com saya berjaya menghasilkan gambar seperti di bawah dalam masa 5 minit sahaja dan saya letakkan pada blog makanapaharini. Selamat mencuba...

Monday, May 16, 2011

Sembahyang dhuha

SEMBAHYANG DHUHA
Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

h_mj1.jpg (44790 bytes)

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"

( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :

h_mj2.jpg (9693 bytes)

Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

h_mj3.jpg (59550 bytes)

H_MJ4.jpg (22218 bytes)

h_mj5.jpg (72131 bytes)

h_mj6.jpg (71499 bytes)

Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac99/h_dhuha.htm

Thursday, May 12, 2011

MENYALIN SOURCE DARI LAMAN LAIN

1. Buka laman web yang dikehendaki
2. Pergi ke menu view
3. Klik page source, kod html akan dipaparkan
4. Salin semua kod (menu > edit > select all)
5. menu edit > copy (untuk menyalin)
6. Buka netscape composer
7. Pergi ke html source
8. Padamkan kod yang sedia ada
9. Tampalkan kod yang disalin tadi dengan cara :
menu edit > paste
10. simpan fail
11. Pergi ke bahagian normal untuk mula mengedit

Wednesday, May 11, 2011

Meletakkan efek pada gambar menggunakan photofacefun.com dan

Semalam saya mencuba satu perisian percuma online di Internet, perisian ini membantu kita meletakkan efek pada gambar. Banyak jenis efek yang boleh kita pilih tanpa pening kepala mengedit gambar menggunakan photoshop atau software lain. Ini contoh gambar yang telah saya cuba. Silalah ke laman web photofacefun.com untuk mencuba. Satu lagi software ialah funnywow.com

photofacefun.com dan funnywow.com

Monday, September 14, 2009

Browser Opera 10 turbo

Browser opera 10 turbo

Aku baru install opera 10 turbo, yang mana sebelum ni memang aku pakai opera, dan baru ni opera upgrade pada opera 10. yes.... bagus senang guna, yang penting laju dan yang bestnya boleh sign in kat myopera.com. Di myopera kita boleh tengok bookmark di mana kita berada dan boleh upload file lagi.. Kalau nak softwarenya dan rasakan kebagusannya cuba download kat opera.com atau di sini.

Tuesday, September 1, 2009

Al Quran Terjemahan secara Online

Ini ada site laman web alquran terjemahan untuk panduan kita semua. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat bersama.

AlQuran dalam bahasa melayu sahaja

Alquran dalam bahasa arab dan melayu

Semoga dalam bulan puasa ni sama-sama kita khata quran kalau tak sempat bahasa arab, sekurang-kurangnya bahasa melayu

Wednesday, July 8, 2009

Bengkel Membangunkan Laman Web Koperasi

Jumpa lagi tuan-tuan, pada 13 Julai hingga 16 Julai ini kelas Bengkel Membangunkan Laman Web Koperasi akan di adakan. Tahniah kepada tuan-tuan yang dipilih untuk menghadiri kelas ini. Saya telah selesai membuat pemilihan dan saya minta maaf jika nama tuan-tuan tidak ada di dalam senarai, mungkin ada sebab kenapa nama tuan-tuan ditolak.

Saya minta maaf dengan tuan-tuan kerana saya tidak dapat mengendalikan kelas ini kerana saya bertukar kelas dengan kelas Pengurusan Masa yang akan diadakan pada 27 Julai hingga 29 Julai. Insyaallah kita akan berjumpa dalam kelas Pengurusan Masa nanti.

Walau bagaimana pun, saya telah meletakkan semua nota kelas dan nota tambahan untuk rujukan tuan-tuan di laman web saya (mylaman.webs.com). Tuan-tuan bolehlah muat turun nota tersebut dari laman web itu. JIka terdapat sebarang kemusykilan, jangan risau, tuan-tuan bolehlah menghubungi saya melalui email dan Yahoo Messenger (cdah3@yahoo.com)

Sekian, Terima Kasih

Friday, June 5, 2009

Yahoo! Zimbra Desktop

Yahoo! Zimbra Desktop adalah klien secara offline yang membolehkan anda mengelola berbagai akaun e-mel dalam satu tempat. Zimbra mail, Yahoo! mail, Gmail, AOL, Outlook dan akaun e-mel peribadi menggunakan POP atau IMAP mudah diurus di Yahoo! Zimbra Desktop. Setiap akaun yang dikendalikan secara terpisah. 

Setelah anda membuka akaun, maka e-mel didownload ke komputer anda dan dapat diakses tidak mengira sama ada anda bersambung ke Internet atau tidak. Semua akaun e-mel dapat dibaca, dibalas, dialih dan dihapus dari Yahoo! Zimbra Desktop. 
  
Jika anda menerima e-mel baru di salah satu akaun, jika anda ada sambungan ke Internet, maka e-mel akan didownload secara automatik ke akaunYahoo! Zimbra Desktop. 

Download Yahoo! Zimbra Desktop di sini

Wednesday, May 13, 2009

Friday, April 24, 2009

100 perkara boleh dan tidak boleh dalam merekabentuk laman web

Terdapat 100 perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa merekabentuk laman web.  Untuk mengetahui apakah 100 perkara tersebut sila download ebook ini di sini.  Buku ini percuma dari spiderpro.  Semoga buku ini dapat menjadi panduan tuan-tuan semasa membina laman web.

selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...