marquee

Terima kasih kerana sudi melawat!

Tuesday, April 29, 2008

Memasukkan Jam di Blog Anda

Pergi ke laman web http://www.worldtimeserver.com/clocks/wtsclock001.aspx dan ikut arahan yang  diberikan:

1.  Pilih warna
2.  Pilih Lokasi
3.  Klik butang "Update Html Code"
4.  Salin kod html dan tampalkan di blog anda
5.  Pergi kepada blog anda dan log in
6.  Klik pada "Customize"
7.  Klik pada "Add Page Element"
8.  Pilih "Html / Java Script"
9.  Save

Setelah langkah-langkah di atas selesai, view blog anda dan dapatlah jam seperti yang ada di sebelah kanan blog saya ini.

Selamat mencuba.....

Adobe Illustrator


Pada 28 April hingga 30 April ini saya akan menghadiri kursus Adobe Illustrator yang dikendalikan oleh Aspati Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat yang banyak menghasilkan multimedia dan penerbitan digital.

Adobe Illustrator ini adalah sebuah perisian yang digunakan untuk mereka bentuk penerbitan seperti mana MS Publisher, tetapi Illustrator lebih komplikated lagi dan ia memberikan pengguna lebih kebebasan untuk mereka bentuk mengikut kreativiti sendiri berbanding dengan MS Publisher yang lebih terikat dengan template. Adobe Illustrator juga digunakan oleh kebanyakan syarikat percetakan untuk mencetak bahan cetakan.

Untuk menggunakan perisian ini, terlebih dahulu perlu tahu menggunakan perisian
Adobe Photoshop, kerana ia saling memerlukan, di mana Photoshop diperlukan untuk mengedit imej dan Illustrator digunakan untuk merekabentuk penerbitan dan pengeditan teks.

Jika inginkan maklumat lanjut berkenaan dengan Illustrator ini bolehlah melawati laman web
http://www.adobe.com/products/illustrator/index.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...