marquee

Terima kasih kerana sudi melawat!
Showing posts with label laman web. Show all posts
Showing posts with label laman web. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Pinterest.com


Kegilaan baru bagi penggemar social networking. kini muncul satu lagi laman web akan mungkin menggugat facebook. Menurut pinterest.com, mereka menduduki tempat ke tiga dalam carta social networking selepas facebook dan twitter. Marilah kita pergi ke pinterest untuk melihat kesahihannya, kerana menurut empunya laman ini, "anda akan ketagih".. aku dah mencubanya dan hampir ketagihan dan kecundang kerana laman ini akan menghubungkan kita kepada banyak laman web dan blog yang berfaedah. Bagi aku pinterest merupakan portal atau pintu gerbang yang akan membawa kita ke mana-mana tempat yang berguna kerana di sini bermulanya sesuatu yang berguna yang akan orang kongsikan bukan sahaja omong kosong...

Thursday, May 12, 2011

MENYALIN SOURCE DARI LAMAN LAIN

1. Buka laman web yang dikehendaki
2. Pergi ke menu view
3. Klik page source, kod html akan dipaparkan
4. Salin semua kod (menu > edit > select all)
5. menu edit > copy (untuk menyalin)
6. Buka netscape composer
7. Pergi ke html source
8. Padamkan kod yang sedia ada
9. Tampalkan kod yang disalin tadi dengan cara :
menu edit > paste
10. simpan fail
11. Pergi ke bahagian normal untuk mula mengedit

Wednesday, July 8, 2009

Bengkel Membangunkan Laman Web Koperasi

Jumpa lagi tuan-tuan, pada 13 Julai hingga 16 Julai ini kelas Bengkel Membangunkan Laman Web Koperasi akan di adakan. Tahniah kepada tuan-tuan yang dipilih untuk menghadiri kelas ini. Saya telah selesai membuat pemilihan dan saya minta maaf jika nama tuan-tuan tidak ada di dalam senarai, mungkin ada sebab kenapa nama tuan-tuan ditolak.

Saya minta maaf dengan tuan-tuan kerana saya tidak dapat mengendalikan kelas ini kerana saya bertukar kelas dengan kelas Pengurusan Masa yang akan diadakan pada 27 Julai hingga 29 Julai. Insyaallah kita akan berjumpa dalam kelas Pengurusan Masa nanti.

Walau bagaimana pun, saya telah meletakkan semua nota kelas dan nota tambahan untuk rujukan tuan-tuan di laman web saya (mylaman.webs.com). Tuan-tuan bolehlah muat turun nota tersebut dari laman web itu. JIka terdapat sebarang kemusykilan, jangan risau, tuan-tuan bolehlah menghubungi saya melalui email dan Yahoo Messenger (cdah3@yahoo.com)

Sekian, Terima Kasih

Friday, April 24, 2009

100 perkara boleh dan tidak boleh dalam merekabentuk laman web

Terdapat 100 perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa merekabentuk laman web.  Untuk mengetahui apakah 100 perkara tersebut sila download ebook ini di sini.  Buku ini percuma dari spiderpro.  Semoga buku ini dapat menjadi panduan tuan-tuan semasa membina laman web.

selamat mencuba

Friday, October 10, 2008

Meletakkan waktu solat di laman web anda

Tuan-tuan boleh meletakkan waktu solat di laman web dengan memuat turun kodingnya di laman web http://www.islamicfinder.org/

1.  Pergi ke laman islamicfinder

2.  Pergi pada ikon prayer time satu menu akan keluar

3.  Klik pada " Add prayer time to your site"

4.  Klik pada "Daily prayer times of your city in your web site"

5.  Pilih negara di kotak "Select your country", pilih Malaysia dan klik "Go"

6.  Klik pada bandar yang anda ingini

7.  Klik "Generate Code"

8.  Salin kod tersebut dan tampalkan di laman web tuan-tuan

selamat mencuba...

Friday, May 2, 2008

Memasukkan Kalendar ke Dalam Blog

Pergi ke laman web http://www.free-blog-content.com/ dan ikut arahan yang diberikan:

1. Pilih design 
2. Salin kod html yang berada di bawah design yang anda pilih
4. Pergi kepada blog anda
6. Klik pada "Customize"
7. Klik pada "Add Page Element"
8. Pilih "Html / Java Script"
9. Tampalkan kod html yang telah disalin tadi
10. Save

Setelah langkah-langkah di atas selesai, view blog anda dan dapatlah kalendar seperti yang ada di sebelah kanan blog saya ini.

Selamat mencuba.....

Tuesday, April 22, 2008

Ciri-ciri Rekabentuk Laman Web Yang Ideal

Di sini saya akan listkan beberapa ciri web design yg ideal :

1. Cepat dimuat turun
Reka bentuk web yang mudah loading merupakan salah satu faktor utama pengunjung suka surfing. Contohnya google & yahoo reka bentuknya simple dan ia hanya mementingkan maklumat yang cepat dan mudah dilayari.

2. Warna, tema dan konsep yang sesuai
Web yang bagus mempunyai tema, warna dan konsep yant tepat dan sesuai. Contohnya web berkaitan dengan pendidikan hendaklah mempunyai grafik yang berkaitan dengan pendidikan, buku, pelajar dan bukan mengenai kereta kebal atau jet pejuang. Warnanya hendaklah seimbang, kebanyakan tona warna ada maksudnya tersendiri seperti warna perak, putih dan warna cerah lebih nampak korporat manakala hitam dan gelap lebih sesuai untuk web peribadi. Konsep pula terpulang kepada anda samada korporat, peribadi atau bermusim seperti tahun baru, world cup etc. Jika perlukan audio dan animasi, boleh gunakan flash yang sebaik mungkin dan berikan pilihan untuk skip kerana terdapat pengguna mungkin mempunyai masalah sambungan Internet jika mempunyai animasi.

3. Kurang adalah lebih
Lebih simple grafik cantik, tidak perlu memeningkan kepala degan teori ilham reka bentuk yang terlalu banyak. Cukup hanya dengan penggunaan warna dan konsep yang betul ia sudah memadai. Tidak semua pengguna suka grafik, biar nampak minimum tetapi moden. Kreativiti perlu disertai dengan strategi pengurusan isi kandungan untuk nampak tersusun, sistematik dan tidak serabut.

4. Boleh dilayari oleh semua jenis browser
Ini satu cabaran bagi webmaster, tidak semua reka bentuk web boleh dilayari oleh semua browser. Kadang kala terdapat banyak 'java'script , dhtml, css dan lain-lain yang tidak disokong oleh sesetengah browser. Pada masa ini dunia masih popular dengan Internet Explorer & Mozilla Firefox. Web mestilah boleh dilayari oleh semua browser ini.

5. Butang jelajah yang tersusun dan tiada kesalahan ejaan
Pastikan konsep butang jelajah telah disusun kemas mengikut keperluan web. Contoh konsep butang jelajaha ada 3 jenis :

a. Link teks biasa : di atas header dan kiri
b. Link image : ada butang jelajah imej
c. hierarchy menu

Konsep butang jelajah ini penting sekiranya terdapat banyak sambugnan laman yang perlu digabungkan dalam satu web. Pastikan tiada terdapat kesalahan ejaan, kerana ini amat memalukan...

6. Kurangkan guna FRAME
Seeloknya gunakan page biasa dan elakkan guna frame. Ini kerana frame mempunyai banyak kerenah yang tidak boleh ditangani.


7. Optimize grafik
Gunakan gif atau jpeg untuk format imej, ini kerana akan melajukan masa muat turun laman tersebut. Format imej jenis ini tidak terlalu berat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...