Wednesday, July 8, 2009
Bengkel Membangunkan Laman Web Koperasi
Saya minta maaf dengan tuan-tuan kerana saya tidak dapat mengendalikan kelas ini kerana saya bertukar kelas dengan kelas Pengurusan Masa yang akan diadakan pada 27 Julai hingga 29 Julai. Insyaallah kita akan berjumpa dalam kelas Pengurusan Masa nanti.
Walau bagaimana pun, saya telah meletakkan semua nota kelas dan nota tambahan untuk rujukan tuan-tuan di laman web saya (mylaman.webs.com). Tuan-tuan bolehlah muat turun nota tersebut dari laman web itu. JIka terdapat sebarang kemusykilan, jangan risau, tuan-tuan bolehlah menghubungi saya melalui email dan Yahoo Messenger (cdah3@yahoo.com)
Sekian, Terima Kasih
Friday, June 5, 2009
Yahoo! Zimbra Desktop
Setelah anda membuka akaun, maka e-mel didownload ke komputer anda dan dapat diakses tidak mengira sama ada anda bersambung ke Internet atau tidak. Semua akaun e-mel dapat dibaca, dibalas, dialih dan dihapus dari Yahoo! Zimbra Desktop.
Jika anda menerima e-mel baru di salah satu akaun, jika anda ada sambungan ke Internet, maka e-mel akan didownload secara automatik ke akaunYahoo! Zimbra Desktop.
Download Yahoo! Zimbra Desktop di sini
Wednesday, May 13, 2009
Friday, April 24, 2009
100 perkara boleh dan tidak boleh dalam merekabentuk laman web
Terdapat 100 perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa merekabentuk laman web. Untuk mengetahui apakah 100 perkara tersebut sila download ebook ini di sini. Buku ini percuma dari spiderpro. Semoga buku ini dapat menjadi panduan tuan-tuan semasa membina laman web.
selamat mencuba
Tuesday, March 31, 2009
Lihat Gambar Dapat Duit
Thursday, November 27, 2008
Membantu Org Nazak
Assalammualaikum,
Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin- yang lain2 bole bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha illallah"lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
membuat amal kebajikan dengan cara yang betul
bukan semata2 melalui ikutan adat.
Amiin.
Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama
Wassalam.
Friday, October 10, 2008
Meletakkan waktu solat di laman web anda
Tuan-tuan boleh meletakkan waktu solat di laman web dengan memuat turun kodingnya di laman web http://www.islamicfinder.org/
1. Pergi ke laman islamicfinder
2. Pergi pada ikon prayer time satu menu akan keluar
3. Klik pada " Add prayer time to your site"
4. Klik pada "Daily prayer times of your city in your web site"
5. Pilih negara di kotak "Select your country", pilih Malaysia dan klik "Go"
6. Klik pada bandar yang anda ingini
7. Klik "Generate Code"
8. Salin kod tersebut dan tampalkan di laman web tuan-tuan
selamat mencuba...
Monday, August 4, 2008
Menukarkan Dokumen Kepada pdf
Friday, July 11, 2008
Kursus MTCP 2008
Berjumpa lagi tuan-tuan,
Hampir lebih sebulan saya tidak menulis di blog kerana sibuk mengendalikan kursus MTCT - Certicficate in Cooperative Desktop Publishing dari 9 Jun hingga 5 Julai 2008. Baru hari ini segalanya selesai. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 23 orang peserta dari 18 negara. Mereka dari negara Bhutan, Cambodia, Fiji, Indonesia, Jordan, Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Tonga, Tanzania, Uganda, Zambia, Nepal, Vanuatu, Kyrgyz, Laos, Vietnam dan Malaysia. Selain dari pembelajaran dalam kelas mereka juga didedahkan dengan beberapa lawatan sambil belajar.
Minggu depan saya akan mengajar kelas Asas Komputer selama 5 hari, insyaallah selepas minggu depan barulah saya free untuk menulis lagi dan berkongsi maklumat dengan tuan-tuan.
Monday, May 26, 2008
Blog Tips Motivasi & Kejayaan
Just nak share salah satu website mengenai motivasi di
Blog Tips Motivasi & Kejayaan.
Selain itu saya juga ada Blog Grafik Photoshop Malaysia.
Khas untuk penggiat seni berasaskan perisian terhebat
Adobe Photoshop. Ada banyak tutorial video yang
best untuk tatapan kita bersama.