marquee

Terima kasih kerana sudi melawat!

Wednesday, May 13, 2009

Friday, April 24, 2009

100 perkara boleh dan tidak boleh dalam merekabentuk laman web

Terdapat 100 perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa merekabentuk laman web.  Untuk mengetahui apakah 100 perkara tersebut sila download ebook ini di sini.  Buku ini percuma dari spiderpro.  Semoga buku ini dapat menjadi panduan tuan-tuan semasa membina laman web.

selamat mencuba

Tuesday, March 31, 2009

Lihat Gambar Dapat Duit

Satu laman web yang menyediakan tempat untuk berkongsi gambar, yang mana jika anda uploadkan gambar di sini dan jika satu gambar dilihat oleh orang lain ia akan menjana 0.002 sen USD.  Untuk keterangan lanjut sila klik di sini (shareapic.net)

Thursday, November 27, 2008

Membantu Org Nazak

MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN..

Assalammualaikum,
Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin- yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha illallah"lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
membuat amal kebajikan dengan cara yang betul
bukan semata2 melalui ikutan adat.

Amiin.
Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama

Wassalam.

Friday, October 10, 2008

Meletakkan waktu solat di laman web anda

Tuan-tuan boleh meletakkan waktu solat di laman web dengan memuat turun kodingnya di laman web http://www.islamicfinder.org/

1.  Pergi ke laman islamicfinder

2.  Pergi pada ikon prayer time satu menu akan keluar

3.  Klik pada " Add prayer time to your site"

4.  Klik pada "Daily prayer times of your city in your web site"

5.  Pilih negara di kotak "Select your country", pilih Malaysia dan klik "Go"

6.  Klik pada bandar yang anda ingini

7.  Klik "Generate Code"

8.  Salin kod tersebut dan tampalkan di laman web tuan-tuan

selamat mencuba...

Monday, August 4, 2008

Menukarkan Dokumen Kepada pdf

Untuk menukarkan dokumen kepada jenis pdf, kini tidak lagi memerlukan perisian yang khas. Ia boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu ke laman web pdfonline.com. Dalam laman web ini juga anda boleh menukarkan dari dokumen pdf kepada dokumen word. (*.doc). Selepas dokumen anda ditukarkan kepada format yang anda inginkan, dokumen ini akan dihantarkan kepada anda melalui emel.

Friday, July 11, 2008

Kursus MTCP 2008


Berjumpa lagi tuan-tuan,

Hampir lebih sebulan saya tidak menulis di blog kerana sibuk mengendalikan kursus MTCT - Certicficate in Cooperative Desktop Publishing dari 9 Jun hingga 5 Julai 2008.  Baru hari ini segalanya selesai.  Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 23 orang peserta dari 18 negara.  Mereka dari negara Bhutan, Cambodia, Fiji, Indonesia, Jordan, Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Tonga, Tanzania, Uganda, Zambia, Nepal, Vanuatu, Kyrgyz, Laos, Vietnam dan Malaysia.  Selain dari pembelajaran dalam kelas mereka juga didedahkan dengan beberapa lawatan sambil belajar.

Minggu depan saya akan mengajar kelas Asas Komputer selama 5 hari,  insyaallah selepas minggu depan barulah saya free untuk menulis lagi dan berkongsi maklumat dengan tuan-tuan.

Monday, May 26, 2008

Blog Tips Motivasi & Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Just nak share salah satu website mengenai motivasi di
Blog Tips Motivasi & Kejayaan.


Selain itu saya juga ada Blog Grafik Photoshop Malaysia.
Khas untuk penggiat seni berasaskan perisian terhebat
Adobe Photoshop. Ada banyak tutorial video yang
best untuk tatapan kita bersama.

Thursday, May 22, 2008

Tips on Public Speaking

Here are some important public speaking tips to help you develop your skills and become far more effective as a public speaker

  • Ensure your speech will be captivating to your audience as well as worth their time and attention. Videotape your presentation and analyze it. Emphasize your strong points during your presentation.
  • Present the desired image to your audience. Be solemn if your topic is serious. Appear relaxed, even if you feel nervous. Remember, you don't look as nervous as you feel.
  • Establish rapport with your audience. If a microphone is available, adjust and adapt your voice accordingly.
  • Maintain sincere eye contact with your audience. If what you have prepared is obviously not getting across to your audience, change your strategy mid-stream if you are well prepared to do so.
  • Allow yourself and your audience a little time to reflect and think.
  • Check out the location ahead of time to ensure seating arrangements for audience, whiteboard, blackboard, lighting, location of projection screen, sound system, etc. are suitable for your presentation.
  • Tell audience ahead of time that you will be giving out an outline of your presentation so that they will not waste time taking unnecessary notes during your presentation.
  • Humour : Tell jokes if you're good at telling jokes. If you aren't good, it is best to leave the jokes behind. There's nothing worse than a punch line that has no punch.
  • Tell stories : Stories make you a real person not just a deliverer of information. Use personal experiences to bring your material to life. No matter how dry your material is, you can always find a way to humanise it. Keep audience interested throughout your entire presentation. Remember that an interesting speech makes time fly, but a boring speech is always too long to endure even if the presentation time is the same.
  • Using Public Speaking Environment - Try not to get stuck in one place. Use all the space that's available to you. If your space is confined (say a meeting room or even presenting at a table) use stronger body language to convey your message.
  • Mistakes - Mistakes are all right. Recovering from mistakes makes you appear more human. Good recovery puts your audience at ease - they identify with you more.
"If you can't write your message in a sentence, you can't say it in an hour."
- Dianna Booher -

source : http://www.mumbaihangout.com

Friday, May 9, 2008

Kamus Online

Saya ingin berkongsi dengan tuan-tuan tentang kamus online yang amat berguna jika kita ingin melihat terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu atau sebaliknya. Sila lawat laman web ini http://kamus.lamanmini.com/index.php. Ia amat berguna sekiranya tuan-tuan ingin merujuk sesuatu istilah atau maksud sesuatu perkataan dengan syarat komputer tuan-tuan bersambung dengan Internet

Selamat mencuba.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...